widget

Saturday, October 8, 2011

Beckham yang kaya raya- pendapatan meningkat 30 peratus





















































LONDON - Pendapatan yang diperoleh pemain bola sepak pasukan Los Angeles Galaxy, David Beckham  menerusi tajaan dan perjanjian peribadi meningkat kepada 30 peratus berbanding tahun lepas.


Peningkatan itu menunjukkan semakin banyak syarikat mahu menggunakan nama bekas kapten England itu untuk mempromosikan jenama barangan keluaran mereka.

Menurut angka yang dikeluarkan oleh Dewan Syarikat Britain, perolehan syarikat yang mengendalikan pengiklanan Beckham sebelum ini adalah sebanyak AS$14.9 (RM47.10) juta, sebelum meningkat kepada AS$23.9 (RM75.55) juta pada tahun 2010.

Pada tahun 2009, Footwork Production menerima AS$18.3 juta (RM 57.85 juta) daripada pelbagai syarikat termasuk pengeluar barangan sukan, Adidas.

Akaun tersebut juga menunjukkan pemain berusia 36 tahun itu menerima AS$18.6 juta (RM 58.79 juta) daripada pelbagai syarikat berbanding hanya AS$14.6 juta (RM 46.15 juta) pada tahun sebelumnya.

Beckham juga mendapat jaminan sebanyak AS$6.5 juta (RM20.55 juta) sebagai gaji tahunan daripada Galaxy. Dia kini memikirkan apa yang akan dibuat apabila kontrak bola sepaknya tamat pada November nanti. - AP

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...