widget

Saturday, October 8, 2011

paip bocor, penduduk kampung berebut mendulang emas




ORANG kampung berkumpul di sebatang sungai untuk mendulang lumpur yang dikatakan mengandungi emas berikutan berlaku kebocoran paip milik pengendali lombong emas, McMoRan Copper & Gold di kampung Kwamki Lama, wilayah Papua, Indonesia. - Reuters



KWAMKI Lama, Papua - Kebocoran sebatang paip yang mengalirkan mineral bumi berharga seperti emas, tembaga dan perak telah membuatkan penduduk kampung di sini berebut-rebut untuk mendulangnya.

Paip itu milik syarikat perlombongan Freeport McMoRan Copper & Gold dari Amerika Syarikat (AS).

Walaupun cuba dihalang oleh kakitangan Freeport daripada mendulang, namun amaran itu langsung tidak dihiraukan.

Orang kampung yang terdiri daripada golongan tua hinggalah kanak-kanak membawa pelbagai peralatan untuk mendulang. Antara alat yang digunakan termasuklah kuali, selimut, skup, karung dan dulang.

Mereka dilihat tidak peduli untuk bergelumang dalam lumpur berwarna hitam itu demi mencari emas, perak atau tembaga.

Material bumi yang keluar dari paip tersebut dikatakan mengalir hingga ke Sungai Otomona menyebabkan airnya yang jernih bertukar hitam.

Seorang pegawai daripada Jabatan Keselamatan dan Pengurusan Risiko Freeport, Paulus Kogoya memberitahu kebocoran berlaku kerana paip terbabit sudah haus.- Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...