widget

Saturday, October 8, 2011

Diaz teruja susukan lembu




SETELAH puas bergelumang dalam dunia seni, aktres jelita yang sebelum ini membintangi filem What Happens in Vegas ini nekad mahu mengambil cuti rehat panjang daripada dunia Hollywood dan melaksanakan lebih banyak kegiatan amal.

Menurut Cameron Diaz, dia bukanlah individu yang bijak merencana pelbagai rancangan untuk masa depan yang bakal dilaluinya kelak.

"Saya tiada idea di mana dan apa yang saya akan jadi dalam tempoh mendatang ini. Apabila orang lain kerap bertanya pencapaian terbaik setiap filem saya dalam tempoh 10 tahun lalu, saya tidak mampu memberi sebarang jawapan."

"Sepatutnya saya tahu apa yang hendak dijelaskan kepada masyarakat. Sama ada ingin membikin filem ataupun buat sesuatu pekerjaan yang benar-benar lain berbanding karier sekarang, barangkali itu yang bakal membuatkan saya gembira."

"Cuma saya tidak tahu kalau hasilkan filem membuatkan saya bahagia atau rasa sebaliknya. Barangkali menyusukan lembu lebih memberi keseronokan kerana saya kini mengikuti jelajah menyusukan lembu."

"Bangun pada pukul lima pagi sambil memberi susu kepada lembu-lembu, memang menjadikan saya cukup teruja," kata Diaz yang turut meluahkan bahawa dia belum melihat sebarang hala tuju untuk karier lakonannya selepas ini.

"Saya tidak tahu di mana status saya sekarang, tapi saya cukup gembira dengan apa yang diperolehi setelah penat-lelah bekerja. Kehidupan ibarat perjalanan, malah hidup saya juga tiada bezanya dengan orang lain."

"Pengalaman yang kita dapat kemungkinan sedikit lain dengan apa masing-masing lalui, namun kalau sudah namanya pengalaman, ia tetap tiada beza antara satu sama lain."

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...