widget

Saturday, October 8, 2011

Remaja dipenjara kerana enggan dedah kata laluan





BLACKPOOL - Seorang remaja, Oliver Drage (gambar) dipenjara empat bulan kerana enggan memberitahu polis kata laluan komputer miliknya.

Dia dipenjarakan di bawah peruntukan kuasa yang pada asalnya digunakan untuk memerangi pengganas.

Kata laluannya masih belum dapat dicari oleh anggota-anggota polis walaupun 17 bulan selepas komputer miliknya dirampas.

Kata laluan milik remaja itu mempunyai 50 ciri.

Pakar-pakar menyatakan, kata laluan rahsia kini menjadi semakin canggih kerana ia kini digabung dengan grafik dan gambar.

Remaja itu yang tidak disabitkan dengan kesalahan lain selepas polis melakukan siasatan berhubung satu rangkaian mengeksploitasi kanak-kanak di rumahnya dekat sini.

Drage disabitkan kesalahan enggan mendedahkan kata laluan 15 minit setelah dia dihadapkan ke sebuah mahkamah.

Sabitan itu menyebabkan dia perlu dihantar ke sebuah institusi pesalah muda selama 16 minggu. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...