widget

Sunday, October 16, 2011

Haiwan eksotik ancam si comel


Ramai ibu bapa yang tidak menyedari dan memahami risiko daripada pelbagai jangkitan yang dibawa oleh haiwan eksotik.
KANAK-KANAK di bawah usia 5 tahun tidak wajar dibiarkan bermain dengan haiwan eksotik.


IBU bapa tidak seharusnya menjadikan haiwan eksotik seperti landak, iguana atau hamster, ular, cicak mahu pun kura-kura sebagai peliharaan mereka sekiranya mempunyai anak di bawah usia 5 tahun di rumah.

Ia berikutan laporan terbaru dari sekumpulan pakar pediatrik di Chicago mengenai bahaya yang datang daripada haiwan peliharaan eksotik.

Selain bukti mereka boleh membawa bahaya seperti kuman, haiwan peliharaan eksotik juga mungkin lebih mudah melakukan sesuatu seperti menggigit atau mencakar berbanding kucing dan anjing, sekali gus meletakkan kanak-kanak berusia di bawah lima tahun terdedah kepada risiko kecederaan.

Kanak-kanak mudah dilukai kerana perkembangan sistem imunisasi dan ditambah pula dengan tabiat mereka yang gemar memasukkan tangan di dalam mulut.

Itu bermakna keluarga yang mempunyai kanak-kanak di bawah usia lima tahun, perlu mengelak daripada memiliki haiwan peliharaan eksotik seperti di atas.
HAMSTER antara haiwan peliharaan kegemaran kerana saiznya yang kecil dan comel.


Selain itu, kanak-kanak juga perlu dihindar daripada berhubung dengan haiwan-haiwan tersebut di zoo atau mana-mana tempat awam, menurut laporan daripada American Academy of Pediatrics.

"Ramai ibu bapa yang tidak menyedari dan memahami risiko daripada pelbagai jangkitan yang dibawa oleh haiwan-haiwan eksotik itu," kata Dr. Larry Pickering dari Centers for Disease Control & Prevention yang mengetuai penyelidikan tersebut.

"Contohnya, kira-kira 11 peratus penyakit yang berkaitan dengan virus Salmonella di kalangan kanak-kanak berpunca daripada sentuhan dengan haiwan seperti cicak, kura-kura dan lain-lain reptilia.''

"Malah, hamster juga boleh membawa kuman ini apabila boleh menyebabkan cirit-birit, demam dan kekejangan pada perut," kata Dr. Pickering lagi.''

Virus Salmonella turut ditemui pada anak-anak ayam yang baru menetas dan kanak-kanak boleh dijangkiti apabila mencium atau memegang haiwan tersebut dan kemudian memasukkan tangan mereka ke dalam mulut, katanya.

IGUANA yang dibiarkan bebas di dalam rumah boleh menyebarkan pelbagai virus dan bakteria kepada bayi.


Rakan sepasukan, Dr. Pickering, Dr. Joseph Bocchini pula berkata, baru-baru ini dia merawat seorang bayi yang dijangkiti virus Salmonella yang dibawa oleh iguana peliharaan keluarganya yang dibenarkan berkeliaran bebas di dalam rumah.

Menurut Dr. Bocchini dari Louisiana State University di Shreveport, bayi itu telah ditahan di hospital selama empat minggu sebelum dibenarkan keluar apabila pulih sepenuhnya.

Landak contohnya boleh menjadi berbahaya kerana bulunya boleh menembusi kulit dan dikenali untuk menyebarkan kuman bakteria yang menyebabkan demam, sakit perut dan ruam.

Dengan pengawasan dan perlindungan seperti mencuci tangan selepas menyentuh haiwan peliharaan, ia mungkin dapat mencegah sesuatu. Tetapi, tambah Dr. Bocchini, setiap keluarga perlu menunggu sehingga anak-anak mereka membesar terlebih dahulu sebelum membawa pulang haiwan peliharaan eksotik ke rumah.

Bagaimanapun, kepada mereka yang telah sedia ada memiliki haiwan peliharaan tersebut, perlu menghubungi doktor haiwan bagi mengetahui secara spesifik mengenai risiko dan kemungkinan kuman yang dibawa oleh mereka (haiwan peliharaan).

ULAR bukan sahaja boleh menyebarkan virus, malah boleh mematuk bayi anda.


Data menunjukkan kira-kira empat juta keluarga di Amerika Syarikat (AS) mempunyai haiwan peliharaan jenis reptilia. Menurut American Veterinary Medical Association, semua jenis haiwan peliharaan eksotik semakin meningkat dari segi jualannya.

Bagi jurucakap International Hedgehogs Association, Z.G. Standing Bear, tiada sebarang alasan untuk mengharamkan pemeliharaan landak atau haiwan eksotik lain.

"Cadangan kami ialah tiada haiwan yang harus dijadikan peliharaan untuk kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah. Ini boleh mencegah daripada berlakunya sesuatu kejadian yang tidak diingini," jelasnya.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...