LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Wanita Pertama AS, Michelle Obama mengenakan bayaran AS$10,000 (RM30,329) setiap seorang kepada sekumpulan pembida kaya untuk bergambar bersamanya dalam satu majlis makan tengah hari di sini.
Majlis tersebut yang dihadiri oleh 500 pembida itu bertujuan mengumpul dana bagi membantu kempen politik suaminya, Presiden Barack Obama menjelang pilihan raya Presiden 2012.
Wanita pertama AS berkenaan dilaporkan berjaya mengumpul sebanyak AS$5 juta (RM15.1 juta) dengan hanya mempamerkan senyumannya dalam sesi bergambar bersama pembida-pembida terbabit.
Obama pula dijadual berucap di Pusat Arsht di Pantai Miami semalam, sebelum menghadiri satu majlis makan malam tertutup di lokasi sama.
Majlis makan malam di sebuah kediaman peribadi itu turut diadakan untuk mengumpul dana kempen politik Obama.
Presiden AS berusia 49 itu mengumumkan hasratnya mentadbir AS untuk penggal kedua pada Februari lalu.
Setiap tetamu dikenakan bayaran sebanyak AS$35,800 (RM108,529) untuk makan malam bersama presiden AS berkenaan. - Agensi
No comments:
Post a Comment