widget

Tuesday, June 26, 2012

cara kesan pembohongan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEihApl40rrHiW2wvf1bpwmBF6gbHFZuKox_A2HrqIgadhK4ieF5bSAOfziCIMj5CvlaXjZ6FMnJOwgCuoHZm-P6qbtcNAhL0o5mpyVfYiqh2Pv-G99KDVPYlFDxZtNktYn8tEKpv4ItvRs/s1600/2390671.png
Menyentuh Hidung - Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan Pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.
http://www.boredomisyourfault.com/blog/wp-content/uploads/2007/12/lie-ins1.jpg
Menutup Mulut - Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.
http://25.media.tumblr.com/tumblr_lu3sr6Z9Vh1r0tea5o1_500.png
Gagap - Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan si dia gagap untuk menjawabnya, maka anda boleh membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan Mata - Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu, sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan di mana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg3B8PVCb3eFQAB4vIRIT6hY1xzHehhW_pMFfiGqKBy-XJzc2oBh6YIhiBDLIFKd_2Pfd_7c0TlWw5Xg_HmiQLsWZyXKp3Qsh6DuTDY2vvta-_xYj6hv8oskWpQUODAeGUQjb79udwc9Q2k/s1600/Guys+Fall+In+Love+For+What+They+See%252C+And+Girls+Fall+In+Love+For+What+They+Hear+-+That%2527s+Why+Girls+Use+Makeups%252C+And+Boys+Lie.jpg
Melengah-lengahkan Jawapan - Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah - Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.
http://www.tylershields.com/images/art/no-lies.jpg
Kesimpulannya, sekiranya anda ingin mengesan samaada seseorang itu berbohong, anda perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan samaada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...