1. Bukankah Allah itu Maha Penerima Taubat. Mereka bertaubat. Mereka berazam betul-betul untuk tidak buat lagi perbuatan yang sia-sia dan berdosa. Insya Allah, mereka akan masuk Syurga.
2. Jumlah mat rempit di Malaysia sahaja sudah mencecah ribuan orang. Daripada mereka kamikaze di jalan raya, baik mereka melakukan ‘amali istisyhadiah’ atau dihantar jihad di Palestin.
3. Menghantar pesakit ke hospital. Ini mungkin tidak sesuai untuk pesakit yang tidak sedarkan diri. Antara ‘basic knowledge’ bagi seorang Mat Rempit ialah, CILOK. kesian ambulan yang tersekat di dalam kesesakan jalan raya. Dengan bantuan Mat Rempit, insya Allah lebih ramai nyawa yang akan diselamatkan.
Kalau pesakit tak boleh nak dibawa, Mat Rempit akan ke hospital berhampiran dan akan membawa doktor dan petugas perubatan ke tempat kejadian dengan sepantas kilat.
4. Berlumba-lumba untuk solat berjemaah. Walau sibuk macam mana sekalipun, Mat Rempit tidak akan meninggalkan solat berjemaah. Dengan penguasaan track (jalan2) yang tinggi, mereka dapat mengetahui di mana kedudukan masjid dan surau dengan tepat.
Itu tidak lagi ditambah dengan pahala memboncengkan pakcik yang ditemui ditepi jalan untuk ke masjid.
5. Qiamulail. Seorang mat rempit telah terdidik untuk selalu berjaga tengah malam sehingga pagi buta. Terutama malam-malam minggu. Masjid dan surau-surau akan penuh dengan motor 125, RXZ dan lain-lain. Motor-motor ini tidak lain dan tidak bukan adalah milik Mat Rempit yang berqiamullail. Mereka menangis dalam solat tahajjud dan taubat. Bersungguh-sungguh meminta dari Allah dalam solat hajat. Khusyu’ dalam berzikir dan beristighfar.
6. Bincang masalah umat. Kebiasaan mat rempit adalah berkumpul dahulu sebelum merempit. Semasa dalam kumpulan ini, mereka akan membincagkan masalah-masalah umat Islam, isu politik, berbincang mengenai kekuasaan Tuhan dan banyak lagi. Perbincangan mereka adalah perbincangan yang tidak sia-sia.
7. Berkawal malam. Ada sebuah hadith nabi yang mafhumnya, seorang yang ‘ribat’ ditengah malam adalah lebih baik daripada seluruh dunia dan isinya. Yang dimaksudkan dengan ribat ialah berkawal di tengah malam. Mat Rempit akan bekerjasama dengan polis untuk mengawal masalah jenayah yang sering berlaku pada tengah malam. Macam super hero lah kiranya Mat Rempit ni.
8. Menghiburkan isteri dan keluarga. Jika dulu, Mat Rempit adalah sinonim dengan Bohsia dan Bohjan. Sekarang, Mat Rempit bukan seperti yang dulu. Mat Rempit selalu meluangkan masa membawa isteri dan kadang-kadang anak-anak berjalan-jalan menaiki motor.
Pada hujung minggu, Mat Rempit akan berpiknik dan mengeratkan silatur rahim dengan Mat Rempit yang lain.
Mafhum Hadith ‘Sebaik-baik kamu adalah yang melakukan kebaikan kepada keluarganya‘.
9. Menangkap peragut. Jiwa Mat Rempit yang suka menolong orang dalam kesusahan telah sebati. Dalam apa jua keadaanpun, seorang mat rempit selalu ‘alert’ dengan perkara yang berlaku di sekelilingnya.
Kes ragut yang disiarkan di dalam TV tidak akan berlaku jika Mat Rempit ada di tempat kejadian, kerana merekalah orang yang pertama akan menangkap penjenayah itu.
Selain daripada itu, seorang Mat Rempit dikurniakan Allah satu ’sense’ yang istimewa. (sixth sense lah ni). Mat Rempit dapat menghidu jenayah dari jauh dan dapat juga mengetahui niat jahat seseorang itu. Jadi, sebelum jenayah berlaku, seorang Mat Rempit mungkin akan mengalihkan perhatian orang yang berniat jahat tadi.
10. Tawakkal yang tinggi. Sentiasa bezikir. Sentiasa mengingati kematian. Membaca doa keselamatan sebelum memulakan perjalanan. Ini semua adalah perkara-perkara yang seorang Mat Rempit akan lakukan ketika mula menghidupkan enjin motor hingga kembali mematikannya.
Mat Rempit sedar bahawa ajal dan maut di tangan Allah. Nyawanya boleh ditarik Allah bila-bila masa sahaja. Justeru, Mat Rempit selalu mempersiapkan dirinya menghadap Yang Maha Esa
huhu...semoga mat rempit menjaga keselamatn anggota badan yang dikurniakan Allah sebaik-baiknyer yer, :)
ReplyDeletebiar hotak rempit jgn hotak sempit..
ReplyDelete