Terdapat pelbagai jenis bedak dalam pasaran. Bedak terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:
Bedak Padat (Compact Powder)
Bedak Tabur (Loose Powder)
Bedak Muka (Pressed Powder)
1. Kebiasaannya bedak compact dipilih sebagai penyudah selepas sapuan
foundation. Bedak compact dianggap bedak yang padat serta mampu menahan
solekan supaya ia kekal lama pada kulit wajah mereka. Penggunaan bedak
tabur atau loose powder juga boleh digunakan selepas sapuan foundation
bagi mencipta kesan liputan (coverage) yang lebih menyeluruh. Loose
powder biasa datang dengan dua ciri iaitu matte dan sheer. Bedak muka
atau Pressed powder pula lebih sesuai digunakan sebagai alat touch-up.
2. Memilih warna bedak adalah penting tetapi amat mudah. Warna bedak
yang sesuai serta tepat akan menghasilkan solekan yang cantik serta
menyerlah. Warna yang dipilih haruslah menepati serta match dengan warna
faoundation sebelumnya. Warna bedak yang menjurus pada tone Light yakni
warna seperti porcelain, ivory dan beige sesuai pada mereka berkulit
cerah manakala tona kulit yang cenderung kepada gelap harus memilih
warna seperti warna almond dan golden. Pada kulit sawo matang, pilih
sahaja warna medium seperti natural dan honey. Namun anda boleh
mengeksperimentasikan penggunaan bedak ini bagi mendapatkan warna yang
benar-benar tepat dengan solekan anda.
3. Kebanyakan bedak
disertakan dengan span, namun penggunaan berus besar dapat memberi kesan
yang lebih sheer pada solekan anda. Span pula dapat memberi kesan yang
lebih padat. Pada bahagian yang detail seperti batang hidung serta
sekitar mata, berus kecil yang lembut amat membantu menghasilkan solekan
yang sempurna.
4. Setelah menyapu bedak, perhatikan semula
adakah wajah anda benar-benar bersedia untuk ke langkah solekan yang
seterusnya. Jika anda berasa tidak berpuas hati, anda boleh menggunakan
bronzing powder atau alatan lain bagi melengkapkan sapuan bedak anda.
pst- lelaki yang suka pakai bedak ponboleh praktik benda yang sama XD
kalo suka sila share :)
No comments:
Post a Comment