1. Tuala Wanita - Tuala wanita merupakan tuala kapas yang leper. Ia
mempunyai pelekat di bawahnya agar ia boleh dipakai bila-bila masa
dengan melekatkannya pada seluar dalam anda. Ia berbeza dari segi
ketebalan. Ada yang datang dengan sayap untuk melindungi seluar dalam
anda daripada kebocoran. Jenis lain pula mungkin lebih panjang
berbanding tuala wanita biasa.
Bersihkan
bahagian luar faraj anda selepas hadas besar atau kecil. Seelok-eloknya
lakukan pembersihan yang maksimum. Gunakan air. Jika tiada air sila
guna alternatif lain yang bertujuan beristinjak. Jika menggunakan biji-
biji batu yang berbucu tiga atau lebih itu hendaklah berhati-hati untuk
memastikan kesejahteraan faraj anda dari sebarang 'kecelakaan'.
2. Tampon - Kebanyakan tampon diperbuat daripada kapas sama seperti
tuala wanita. Kapas itu digulungkan sehingga ia menjadi tiub nipis.
Berbeza dengan tuala wanita, tampon dimasukkan ke dalam faraj semasa
haid. Ia mungkin agak sukar untuk pengguna kali
pertama. Ikut arahan yang tertulis pada pek dan ia mungkin memudahkan
anda. Jika anda menggunakan tampon, jangan lupa untuk
menukarnya selalu. Ini kerana, sifatnya agak berbeza dari jenis tuala
wanita biasa yang bersifat 'adhesive' dan hanya dilekatkan di atas
permukaan panties. Tidak kira samada anda guna tuala wanita biasa atau
tampon, anda dinasihatkan kerap menukarnya untuk mengelakkan daripada
menjangkiti bakteria.
3. Douching - Elakkan daripada sering
mengamalkan douching iaitu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj
anda dengan tujuan membersihkan bahagian dalamnya. Ini untuk mengelak
jangkitan bakteria lactobacillus . Ia berperanan mengekalkan keasidan
pH.
4. Jangan menyabun atau menyapu shower gel pada faraj anda
kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit atau gatal.
Ada sesetengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dalam buih sabun.
Shower gel untuk badan, kealkaliannya tidak sesuai untuk faraj yang
bersifat asidik.
kalo suka sila share :)
no 1 tu nak beli di mana ye??
ReplyDelete