Petua Islam Untuk Menyambut Hari Jadi
1. Menurut Islam, seseorang itu boleh menyambut harijadinya atau pun
meraikan hari lahir orang lain. Dengan syarat pengisian di dalam majlis
itu tidak meniru atau mengagung-agungkan budaya Barat yang menyalahi
syariat dan akhlak Islam. Ini bermakna, tiada percampuran (pergaulan
bebas) antara lelaki dan perempuan, meminum arak, tari-menari,
pendedahan aurat, mencuaikan solat, pembaziran dan sebagainya.
2. Raikanlah harijadi dengan tujuan mensyukuri nikmat Allah,
memuhasabah diri dan melahirkan kegembiraan dan kasih-sayang sesama
anggota keluarga dan sahabat handai. Di sinilah terbinanya keharusan
itu. Justeru itu, sekiranya kita mahu beroleh keberkatan semasa
menyambut ulangtahun kelahiran ataupun perkahwinan wajarlah terlebih
dahulu kita memahami dan menghayati syarat-syarat dan adab-adabnya.
3. Melahirkan rasa syukur dan rasa gembira sebagai tanda mensyukuri
nikmat umur yang dikurniakan Allah. Firman Allah: “Dan terhadap nikmat
Tuhan-Mu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutkannya (dengan bersyukur).”
(Ad-Dhuha: 11). Doa-mendoakan antara satu sama lain, lebih-lebih lagi
kepada sambutan harijadi seseorang.
4. Jamuan adalah sinonim
dengan apa jua majlis dan sambutan. Menjamu makan dalam Islam adalah
satu bentuk sedekah yang sangat digalakkan. Asalkan tidak membazir.
Adalah dianjurkan kita menjemput golongan fakir dan miskin ke majlis
kita. Sekiranya ada lebihan makanan, eloklah dibagi-bagikan kepada para
tetamu sebagai buah tangan. Selain besar pahalanya, ia boleh menyuburkan
lagi rasa kasih-sayang sesama keluarga dan sahabat handai.
5.
Memberi hadiah juga adalah amalan yang sinonim dalam sambutan hari-hari
sebegini. Amalan memberi hadiah ini juga dianjurkan oleh Islam kerana ia
akan menimbulkan kemesraan dan suasana yang penuh mahabbah (kasih
sayang). Hadiah yang diberikan tak semestinya besar dan mahal, tetapi
ia akan menjadi tanda ingatan yang ikhlas, di samping menyumbang ke arah
melahirkan masyarakat penyayang.
6. Muhasabah diri yang perlu
dibuat khasnya pada sambutan ulang tahun ini, ialah dengan menginsafi
masa atau umur yang telah berlalu. Renungkan, berapa banyakkah kebaikan
amal soleh yang telah kita lakukan. Dan renung pula berapa banyak pula
maksiat dan dosa yang telah kita lakukan selama ini.
7. Insan
yang menyambut hari jadi itu elok juga pergi menziarahi kedua ibu
bapanya (jika tidak lagi tinggal bersama dengan keduanya), kerana
merekalah yang merupakan sebab musabab lahirnya dia ke dunia. Pada hari
itu, si anak sepatutnya mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan
sesuatu pada ibu dan ayah mereka. Mudah-mudahan usianya terus diberkati.
kalo suka sila share :)
good sharing :)
ReplyDelete