widget

Friday, October 7, 2011

Bercakap dengan jin


TELEKOMUNIKASI kini cuma perhubungan secara wayar.


MUNGKIN anda pernah mendengar jenaka mengenai penemuan mayat manusia purba oleh tiga kumpulan saintis arkeologi di tiga buah negara yang ada kaitan dengan dunia telekomunikasi hari ini.

Pasukan pertama menjumpai mayat berusia 2,000 tahun memegang sebatang besi tembaga di satu kawasan Sweden lalu membuat kesimpulan kononnya manusia zaman dulu sudah berkomunikasi menerusi penggunaan tembaga.

Manakala pasukan kedua di Britain menemui mayat seorang lelaki purba bersama seutas dawai gentian optik dan mereka membuat andaian bahawa kononnya orang dahulu berkomunikasi menggunakan gentian optik.

Namun pasukan ketiga di Bangladesh terkejut menjumpai mayat lama tanpa memegang apa-apa pun, maka kesimpulan dibuat kononnya masyarakat zaman dulu negara itu telah menggunakan komunikasi tanpa wayar.

Kisah lucu itu yang dipetik dalam majalah Mastika bagaimanapun sudah difikirkan pihak Muzium Telekom Malaysia (TM) dengan skop yang lebih luas - komunikasi makhluk ghaib.


“Ini antara beberapa perancangan Muzium TM pada tahun 2008 dalam usaha memupuk minat masyarakat terhadap komunikasi tanpa had, lebih daripada teknologi 3G yang popular kini," kata Ketua Pegawai Operasi Muzium TM.


Mengulas lanjut, beliau membayangkan idea itu sebenarnya bertitik tolak daripada imaginasi pelbagai filem fiksyen sains Barat yang memaparkan manusia mampu berinteraksi secara hologram tiga dimensi.

Hakikatnya teknologi tersebut yang turut dikenali sebagai sistem telekomunikasi generasi keempat atau 4G sudah pun bermula di Jepun dan Amerika Syarikat tetapi kos pelaksanaannya masa ini amat mahal.

“Perkara ini bukan mustahil kerana di dalam Al-Quran sendiri, Allah berfirman mengenai kisah Ratu Balqis dibawa menemui Nabi Sulaiman dalam format yang mungkin hari ini dirujuk sebagai 3.5G,” jelasnya.

Pun begitu, buat permulaan pihak Muzium TM berhasrat menganjurkan penyelidikan ilmiah berhubung cara komunikasi maya dan menghimpunkan sekali pakar agama termasuk ilmuwan Islam serta ulama antarabangsa.

Ini kerana topik mengenai kebarangkalian manusia dapat berbual dengan makhluk ghaib boleh disalah tafsir sebagai berhubung terus dengan roh orang yang telah mati, orang bunian, iblis atau jin.

Justeru, beliau mempelawa institusi pengajian tinggi tempatan untuk bekerjasama dalam program berbentuk pendidikan itu dan tidak mustahil Malaysia menjadi perintis komunikasi yang menjangkaui imaginasi filem fiksyen sains.

Ini memandangkan ramai penyelidik tempatan belum berani mencipta sebarang alat mampu berhubung dengan dimensi luar sebaliknya bidang itu kini lebih dikuasai pakar Barat yang mempunyai agenda tersendiri.

“Jika kita berjaya berkomunikasi dengan dunia ghaib, ia sekali gus menjadikan planet bumi makin kecil malah manusia lebih menginsafi kebesaran Ilahi terhadap komunikasi luar biasa,” katanya.

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...