widget

Friday, October 7, 2011

Penghidap Down jarang hidap barah


PEMBAWA sindrom Down masa kini bukan lagi dianggap sebagai asing di kalangan masyarakat.


PARIS – Mereka yang menghidapi sindrom Down jarang berisiko barah. Penemuan itu menarik perhatian ramai saintis untuk mengeksploitasi baka penghidap terbabit membantu pesakit kanser.

Kebanyakan kes Down berlaku apabila bayi membawa satu kromosom tambahan mengandungi maklumat genetik baru. Namun pakar Universiti John Hopkins mendakwa, satu gen ekstra itu menghalang barah merebak.

Kajian diterbitkan dalam jurnal Nature itu turut disokong pelbagai saintis yang menambah, dengan menjana salin gen Down tersebut, ia dapat membantu kanser daripada berjangkit pula ke tempat lain.

Dianggarkan hampir 95 peratus daripada kes sindrom Down disebabkan oleh gen trisomi 21 apabila bayi didapati memiliki tiga salinan kromosom berbanding cuma dua salinan kromosom 21 bagi bayi normal.

Lazimnya pembawa sindrom ini boleh dikenali berdasarkan wajah muka berbeza, kesukaran pembelajaran dan risiko leukemia. Namun kemajuan perubatan menyaksikan jangka hayat mereka meningkat sehingga 60 tahun.

Pertambahan usia itu menyebabkan banyak kajian dijalankan mendapati orang dewasa dengan sindrom Down mempunyai amat kurang peluang dalam pertumbuhan tumor pepejal untuk beberapa penyakit kanser tertentu.

Saintis John Hopkins dalam kajian mendapati, penyelidikan ke atas tikus makmal memiliki sindrom itu dengan tiga salinan gen kromosom mengandungi peluang tipis dalam perkembangan ketumbuhan barah. – Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...