CHANGCUN -Kecewa ditinggalkan kekasih, seorang wanita di China cuba untuk membunuh diri. Wanita tersebut berusaha menamatkan hidupnya dengan melompat dari tingkat tujuh bangunan perumahan dengan memakai gaun pengantinnya.
Bagaimanapun wanita tersebut bernasib baik berjaya diselamatkan seorang penduduk dengan menangkap gaun pengantin yang dikenakannya ketika ia akan melompat dari tingkat tujuh tersebut. Seperti dilaporkan oleh Reuters, Rabu (18/5/2011) wanita berusia 22 tahun tersebut tergantung di jendela bangunan sebelum usaha mengakhiri hidupnya digagalkan oleh Guo Zhongfan. Zhongfan dibantu penduduk yang lain lalu menarik gaun pengantin berwarna putih itu untuk menyelamatkannya.
Kejadian tersebut berlaku di sebuah bangunan perumahan di Changchun, wilayah Jilin, China. Media tempatan melaporkan, wanita itu kecewa kerana hubungannya dengan kekasihnya yang telah terjalin selama empat tahun terkandas di tengah jalan. Sedangkan pasangan ini sepatutnya akan melangsungkan pernikahan pada hari esok.
"Dia tidak dapat hidup kerana tunangnya telah meninggalkannya dan akan bernikah dengan wanita lain ketika hanya tinggal beberapa hari sebelum pernikahan mereka," menurut TV tempatan.
Wanita yang dikenali sebagai Li Wan bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dalam usahanya membunuh diri. Gaun pengantin putih itu menjadi saksi peristiwa tragik ini.
Sedih. Li Wan duduk menangis teresak-esak duduk di birai tingkap
Bernasib baik. Lelaki ini berjaya menangkap pengantin perempuan ini sebelum ia terjatuh.
Diselamatkan. Li Wan berjaya ditarik masuk ke dalam bangunan.
Pertolongan. Cubaan bunuh diri pengantin perempuan ini berjaya dielakkan.
Seorang saksi berkata: "Di atas sana ada yang cuba untuk menangkap kakinya manakala ada yang menariknya dari belakang menggunakan skirt labuhnya.
Zhongfan yang menyelamatkannya berkata: "Dia amat sedih apabila percintaannya diputuskan tetapi dia tahu dan sedar kini dia telah mendapat peluang kedua dan menghargainya."
No comments:
Post a Comment