widget

Thursday, September 29, 2011

Guru akui pernah jadi pelacur
























NEW YORK - Seorang guru di Amerika Syarikat (AS), Melissa Petro (gambar) menggemparkan ibu bapa apabila dia mengaku pernah menjadi seorang pelacur dan penari bogel.

Mengajar di sebuah sekolah rendah di kawasan penempatan kulit hitam, di sini sejak tiga tahun lalu, guru berkenaan, Melissa Petro menggelarkan dirinya sebagai bekas pekerja seks.

Guru berusia 30 tahun itu disukai oleh anak-anak muridnya tetapi ibu bapa mereka berasa resah selepas dia mendedahkan di Internet mengenai masa lampaunya termasuk pengalaman seksnya di Mexico dan London.

Akhbar The New York Post pula menyifatkan Petro terlalu berani apabila menulis dalam sebuah kolum pada bulan ini bahawa dia pernah menjadi pelacur.

"Sejak dari Oktober 2006 hingga Januari 2007, saya menerima wang sebagai imbuhan khidmat seks saya kepada beberapa lelaki yang saya kenali secara dalam talian di laman iklan Craiglist.org," kata Petro yang menulis untuk akhbar The Huffington Post.

Wanita itu menulis dengan menggunakan nama sebenarnya dan turut meletakkan gambarnya di akhbar berkenaan.

Mengulas mengenai kontoversi yang melanda gurunya, guru besar sekolah berkenaan, Kerry Castellano berkata, Petro kini diberikan tugas pentadbiran sementara sehingga siasatan mengenai kesnya selesai. - Agensi

gelang kristal rm5!!

gambar cara pakai masker vagina :)

ibu kolagen asli (pure marine collagen)

cara masukkan pengantin dara dalam vagina


kalo suka sila share :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...