|
|
SAN JOSE - Seorang pegawai polis bermotosikal di Amerika Syarikat (AS) digantung tugas selepas dia mempermainkan seorang remaja lelaki dengan menangkap dan menggarinya di rumah ibu bapa remaja itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang memakai pakaian seragam dan bersenjata pergi ke rumah remaja lelaki berusia 15 tahun itu di sini dan menggari tangannya seterusnya memarahinya selama lebih lima minit baru-baru ini kerana dia tidur dengan anak perempuan tiri pegawai polis tersebut yang berusia 14 tahun.
Pegawai polis itu memberitahu budak lelaki tersebut bahawa dia boleh didakwa kerana menjalin hubungan seks dengan seorang remaja bawah umur.
"Anda akan didakwa. Anda bodoh kerana mengacau anak perempuan seorang pegawai polis," katanya.
Kejadian itu dirakamkan oleh ibu bapa mangsa yang kemudian mengadu kepada pihak polis.
Rakaman insiden itu turut boleh ditonton di laman perkongsian video YouTube. - Agensi
No comments:
Post a Comment