|
|
GLASGOW - Setelah lebih 400 tahun, kerajaan Scotland bakal julung kali membebaskan empat keluarga memerang Eropah sebagai usaha memulihara ekosistem sungai di negeri itu.
Namun langkah Menteri Alam Sekitar, Mike Russel dikritik Pengerusi Persatuan Lembaga Perikanan Salmon, Hugh Campbell yang didakwa mengancam kehidupan ikan air tawar.
Kerajaan bagaimanapun menegaskan skim itu melibatkan memerang Norway 'baik' kerana dikuarantin selama enam bulan sebelum dilepaskan di lima tasik di Argyll, Mac depan.
"Memerang ini akan dipantau sepanjang tempoh percubaan pada musim bunga itu dan jika berjaya, skim ini akan diperluaskan di semua hutan di seluruh Scotland," kata Russel. - Agensi
No comments:
Post a Comment